Saturday, February 12, 2011

Mubarak berjaya diusir, tahniah rakyat Mesir

Nukilan : elmansyud

Medan Tahrir menjadi saksi kebangkitan rakyat Mesir


Allahu Akbar laungan kemenangan,
Alhamdulillah pujian kesyukuran,
Dialah Maha pemilik kerajaan,
Berkuasa melantik melucut pimpinan,

Mesir bumi penuh barakah,
limpahan Nil kurniaan Allah,
Namun sayang kekayaan diratah,
Pemimpin bahagia rakyat musnah,

Tiga dekad sudah berlalu,
sejarah merakam apa yang dilaku,
Menjadi boneka menambah saku,
Palestin dibiar terbujur kaku,

Tua muda turun ke jalanan,
Rakyat bangkit menyata bantahan,
Medan Tahrir dipenuhi jutaan,
Menagih perubahan menuntut keadilan,

Lapan belas hari rakyat berjuang,
merempuh kepayahan segenap ruang,
Berkorban dengan hati yang lapang
Di kemudian hari mengharap senang,

Jumaat sebagai Yaumul Rahil
Mubarak akur desakan rakyat
Meletak jawatan seruan terpanggil
Kenangan pahit sepanjang hayat

Seluruh umat berkongsi gembira,
Namun perjuangan masih belum tamat,
Siapa pengganti bakal perwira,
Merungkai dari cengkaman barat,

Ingatlah wahai pemimpin dunia,
Pengajaran langsung dari tuhan,
Jawatan bukan untuk bersuka ria,
Amanah berat padanya balasan,

Doa dipohon harapan diserah,
Moga padanya tersirat hikmah,
Kebaikan tersurat buat ummah,
Menjunjung risalah menghancur dakyah.

Wednesday, February 2, 2011

Nasihat Erdogen kepada Mubarak

Recep Tayyip Erdogan

Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan telah menasihati Presiden Mesir, Husni Mubarak semalam untuk menerima tuntutan rakyatnya, agar beliau mengundurkan diri daripada pemerintahan, dan Erdogan juga mengumumkan pada masa yang sama menunda lawatannya ke Mesir yang dijadualkan akan dilakukan dalam masa seminggu dari sekarang.


Dalam pidatonya yang disampaikan kepada ahli Parti Keadilan dan Pembangunan dan dalam siaran televisyen, Erdogan berkata, kepada Presiden Mesir :

"Tuan Hosni Mubarak ... saya ingin menyampaikan pesanan yang benar-benar ikhlas... dan peringatan yang benar-benar jelas... kita semua akan mati dan kita semua akan ditanya tentang apa yang telah kita tinggalkan di belakang kita."

"Kita sebagai Muslim akan dimasukkan ke dalam lubang yang ukurannya tidaklah lebih besar dari dua meter persegi."

Erdogan dalam ucapan yang disampaikannya dalam pertemuan mingguan di parlimen kepada ahli-ahli Parti Keadilan dan Pembangunan mengatakan bahawa, Presiden Mesir haruslah mendengar tuntutan rakyat Mesir, yang katanya itu adalah merupakan suara yang "menyentuh hati."

Hal ini menunjukkan isyarat yang jelas terhadap keperluan untuk mengubah Mesir kepada pemerintahan yang benar-benar demokratik, Erdogan mengatakan bahawa "jika adanya masalah maka penyelesaiannya terdapat dalam punggutan suara," beliau juga menambah bahawa "keputusan pilihan raya lepas (di Mesir) yang sudah diketahui keputusannnya (parti Husni Mubarak menang 99 peratus) tidak boleh dipanggil sebagai pilihanraya."

Dan berdasarkan ulasan Erdogan jelas meminta Mubarak untuk melepaskan kuasa berbanding beberapa pemimpin Arab yang lain telah menyatakan sokongan mereka kepada Presiden Mesir, sedangkan tekanan daripada suara demostrasi jalanan rakyat Mesir, menuntut kepada perlucutan seluruh kabinet (Husni Mubarak).

Erdogen menambah bahawa kawasan Timur Tengah telah menjadi kawasan yang selalu dikaitakan dengan perang dan konflik, pertumpahan darah dan air mata, kemiskinan, rasuah, kebodohan dan pelanggaran hak asasi manusia, dan beliau mengatakan:

"Kami sebagai wakil dari Turki percaya bahawa bangsa-bangsa Timur Tengah dan bangsa Arab tidak patut untuk merasai kesemuanya penderitaan ini"


sumber : www.aljazeera.net



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...