Muhammad : Insyallah, ba'da sanah au sanatain au akthar min zalik...
Dr Yusri : Masyi khalas, nazhab ila malizia li ziaratik...
Jumaat terakhir bersama maulana Syeikh Yusri
di Masjid Al-Asyraf, Muqattam, Kaherah, Mesir.
Masih terngiang-ngiang lagi dialog ini di telinga saya pada tanggal 10 Muharram lalu setelah mengambil ijazah sanad hadis musalsal hari 'Asyura di Masjid Al-Asyraf di Jabal Muqattam bersama Maulana Syeikh Yusri Rusydi Al-Syed Jabr Al-Hasani, Kaherah, Mesir. Kini sudah hampir sebulan 2 minggu berada di Msia setelah pulang daripada kembara ilmu di bumi Mesir, namun kerinduan begitu terasa pada bumi Mesir terutama pada sang murabbi, maulana Syeikh Yusri yang banyak mencurahkan ilmu dan hikmah, nasihat dan tarbiyah pada diri al-faqir ini.
Seminggu selepas sampai di Msia, al-faqir telah bermimpi bertemu dengan maulana Syeikh Yusri dan Dr. Usamah sewaktu bermusafir ke parit buntar menziarahi Mak Lang. Syeikh bertanyakan khabar dan al-faqir sempat mengucup tangannya. Tatkala terjaga dari tidur al-faqir berasa sangat gembira lalu menceritakan pada mak dan abah.
"Amboi...baru balik seminggu dah mimpi jumpa syeikh, rindu sungguh tu..." balas mak.
Seminggu selepas itu, Ustaz Yusaini menelefon al-faqir :
"Juzaili, nta tolong contact Syeikh Yusri jemput dia datang msia untuk bagi ceramah sempena maulid nah, program sekitar Perlis dan Kedah..." kata beliau yang merupakan Mudir Ma'had Tahfiz Imam An-Nawawi (MATIN) dan Pengerusi Pusat Dakwah dan Tarbiyah, Darul Islah, Perlis.
Tanpa melengahkan masa al-faqir menghubungi maulana Syeikh Yusri dengan menggunakan perkhidmatan telefon melalui internet 'SmartVoip'. Alhamdulillah berguna juga akaun yang al-faqir beli di Mesir untuk menelefon keluarga di Msia, masih boleh digunakan untuk menelefon masyaeikh di Mesir.
"Na'am ya Muhammad, masyi nattafiq..." jawab maulana Syeikh Yusri.
Alangkah gembira hati ini kerana maulana sudi untuk menerima jemputan untuk datang ke Malaysia sempena maulid. Bahkan sanggup untuk meluangkan masa sehingga 10 hari.
Pagi terakhir di Masjid Al-Asyraf,
sebelum pulang ke Malaysia
Rupanya dialog itu bukanlah satu gurauan…bahkan bicara yang berupa doa, Impian menjadi kenyataan dengan izin Allah Ta’ala…
1 Rabi'ul Awwal 1431 H
1.06 pagi
Dar Al-Hikmah,
Kg. Guru Fasa 3,
Kangar, Perlis.
0 comments:
Post a Comment